
Thursday, August 6, 2009
Wednesday, March 18, 2009

9 Jun 2005 12.40 tgh .
Hari ini genaplah 20 hari kelahiran Nur Addina kedunia menyinari kehidupan aku dan suami.20 hari jugalah kegembiraan menyelubungi setiap penjuru sanubari.
Nur Addinalah anak yang saiful tunggu selama ini.Begitu juga dengan diriku. wahai anakku ibu harap dikau akan menjadi seorang anak, insan dan hamba yang taat, beragama, berbudi bahasa ,menghormati dan bertimbangrasa dalam mengharungi hidup didunia ini .Tiada apa yang yang ibu harapkan daripadamu selain daripada engkau menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa mu.
Addina, ibu terlalu menyayangi dirimu. Sehingga tak sanggup rasanya jika dikau disakiti sedikitpun.Tapi Addina, dunia ini penuh dengan pancaroba dan onak berduri yang harus kau tempuhi walaupun kadangkala akan menyebabkan engkau kecundang . Ibu harap dan doakan agar engkau menjadi seorang insan yang tabah dan tidak mudah mengalah dan akan bangkit tatkala semua jatuh kebumi.
Addina , penghormatan itu penting untuk diraih. Untuk meletakkan dirimu ditempat teratas dan dihormati oleh orang lain.Oleh itu ibu harap penghormatan dan kesucian yang telah diberi oleh Ilahi sejak azali akan dikau jaga dan pertahankan
Tuesday, March 3, 2009
Sunday, February 8, 2009
Saturday, January 31, 2009

Sunday, January 18, 2009

Alhamdulillah...Ni gambar yang diambil pada tahun 2005.Masa ni aku baru seminggu bergelar seorang Abi. Anak sulung aku Nur Addina lahir pada 21-Mei 2005.Hari ni dah 18 Januari 2009. Tup- tup - tup... cepat betul masa berlalu. Aku rasa baru semalam selesai amik SPM. Dunia akhir zaman. Ari ni aku rasa nak menulis dalam blog ni.jadual harian semakin padat.. Hari minggu gi kelas Master.. Isnin dan Rabu cari ilmu akhirat. Bukan nak riak.. aku gi kelas ngaji. Kepada anda di luar sana jom ler join kelas ngaji kat masjid negeri Shah Alam. Hari Isnin dan Rabu jam 8.00 - 10.30 malam. Kelas Pengajian Bertalaqi Bersijil .Aku bukan nak mengejar sijil. tapi nak betulkan bacaan. Ye lah kita sibuk - sibuk berbicara tentang perjuangan Islam.. Tapi dalam jiwa kita tak ada Al Quran.. Guano weh...Nak prepare kot -kot boleh ajar anak - anak ngaji. Apa - apa pun.. banyak betol dugaaan.cabaran masa tu yang penting. Entahlah manusia ni kalau diberi masa 100 jam pun tak cukup. Aku nak berusaha beristiqamah.. Umur dah masuk 33 tahun ni. Ilmu tak cukup nak dibawa mengadap yang maha esa. kalau dijemput menemui Allah saat ini... nak jawab apa??? kalau di tanya Apa kitab kamu?... nganga ... ler dalam alam kubur.. kalau kita tak baca dan amalkan al quran.
Tuesday, January 13, 2009
Sunday, January 11, 2009
Thursday, January 8, 2009
Harapan

Inilah 3 insan yang aku amat sayang..(termasuk mak dan pak aku)... Allah pinjamkan mereka untuk aku. Syukur Alhamdulillah.Isteri aku Noor Afidah, Puteri sulungku Nur Addina, Putera aku Muhammad Athif Hakim dan Puteri bongsuku Nur Athirah (buat masa ni...)Inilah amanah yang diberikan oleh Allah kepada aku.... Peliharakanlah zuriat dan keturunanku dari kebinasaan dan kepapaan....Jadikanlah mereka insan kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul... Amin..